Sunday, 1 November 2015

YOU ARE THE NUMBER ONE FOR ME

Betapa sabarnya seorang ibu dengan karenah anak kan. Kerana video klip di bawah ni jugak, saya dapat belajar sesuatu tentang ilmu keibubapaan. Betapa mulianya seorang ibu.

Dedicated to all moms in the world.


"Number One For Me"


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

[Chorus:]
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do 

[Chorus]

You know you are the number one for me [x3]
Oh, oh, number one for me 
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

[Chorus]

You know you are the number one for me [x3]

Oh, oh, number one for me

Saturday, 31 October 2015

PENDERAAN DAN PENGABAIAN WARGA TUA. DI MANA HAK MEREKA YANG SEPATUTNYA DITUNAIKAN OLEH ANAK-ANAK???




Pepatah Melayu yang berbunyi “bagai kacang lupakan kulit”, "ulat melupakan daun", dan "air susu dibalas dengan air tuba" mungkin sesuai untuk dikiaskan bagi isu golongan warga emas yang kian terabai, kurang bernasib baik dan kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh semua pihak.



Penderaan dan pengabaian terhadap warga tua kini menjadi antara isu yang perlu diberikan tumpuan dan ditangani dengan cara berkesan. Ini berikutan, kes penderaan dan pengabaian terhadap golongan itu dilihat isu serta cabaran baru yang membimbangkan sejak kebelakangan ini. Lebih membimbangkan, kes pengabaian dan penderaan terhadap warga tua di negara ini dijangka meningkat, berikutan tekanan kehidupan dihadapi masa kini dan nilai murni yang semakin menipis dalam masyarakat.


Dulu, kes penderaan dan pengabaian warga tua boleh dilihat sebagai kes terselindung dan tidak ramai mahu atau malu bercakap mengenainya. Tetapi kini, seiring perubahan berlaku, akta khusus dan undang-undang berkaitan warga tua perlu digubal bagi melindungi mereka. Dengan adanya undang-undang, banyak boleh dilakukan.. - Prof Madya Dr Tengku Aizan Hamid Pengarah Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM)



Hakikatnya, walaupun Malaysia antara negara yang masih berpegang kepada konsep ketaatan kepada orang tua dan anak dituntut oleh agama atau adat menjaga ibu bapa, kejadian penderaan serta pengabaian terhadap warga tua ada berlaku dan tidak mustahil, semakin meningkat. Umumnya, kejadian penderaan dan pengabaian warga tua juga adalah masalah yang wujud di hampir semua negara di dunia, sebagaimana kes penderaan kanak-kanak dan juga wanita.





SIAPAKAH WARGA EMAS DI MATA MASYARAKAT???

Siapakah Warga Emas di Mata Masyarakat? Soalan ini patut ditujukan kepada semua. Ini adalah kerana semua peringkat lapisan masyarakat mempunyai peranan tertentu di dalam menjaga kebajikan mereka agar tidak diabaikan. Siapa mereka di mata kita adalah bergantung kepada tanggapan dan pandangan kita terhadap mereka. Adakah mereka merupakan bebanan atau tanggungjawab kepada kita? Tepuk dada, tanyalah selera! Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang beragama, bertanggungjawab dan prihatin serta mempunyai sifat kemanusiaan, kita perlulah menjaga kebajikan mereka. Ini adalah kerana tanpa mereka, siapalah kita pada masa sekarang dan tanpa kita, siapalah mereka (merujuk kepada kehidupan mereka sekarang yang mana mereka amat memerlukan kita kerana mereka tidak lagi terdaya menguruskan diri). Di dalam usia yang lanjut dan tidak berkeupayaan, mereka amat memerlukan kita di samping mereka di dalam menguruskan hari-hari yang mendatang. 



PUNCA PENGABAIAN ANAK TERHADAP WARGA TUA :

1) Warga tua dianggap sebagai beban. Ini kerana anak-anak terpaksa menjaga warga tua ini tanpa mendapat apa-apa faedah daripadanya. Disebabkan keadaan ini terpaksa, golongan tua ini dilayan antara mahu atau tidak mahu sahaja.

2) Mementingkan kerjaya. Dengan kelulusan tinggi yang dimiliki oleh sebilangan besar anak-anak zaman ini menjadikan mereka begitu memfokuskan pandangan dan pemikiran mereka kepada kerjaya semata-mata bagi membina kejayaan hidup dengan pangkat, gelaran dan jawatan yang bergerak seiring dengan usaha dan komitmen mereka terhadap kerjaya. Keadaan ini menjadikan anak-anak zaman ini tidak ada lagi peruntukan masa untuk ibu bapa.  Lebih teruk lagi, keadaan ini juga menyebabkan ada orang tua yang tidak menaruh sebarang kepercayaan bahawa anak mereka akan sanggup menjaga sakit pening mereka lantas sanggup tinggal di rumah orang-orang tua kerana lebih mempercayai orang lain untuk menjaga mereka daripada anak kandung mereka sendiri. Namun begitu tidak dinafikan ada di antara kita masih menyayangi warga tua sebagaimana mereka menyayangi diri mereka sendiri. Golongan inilah yang dikatakan masyarakat terpelajar sebenarnya.

3) Perkara yang menyedihkan hati dan perasaan kita apabila anak-anak yang ditatang seperti minyak yang penuh dari kecil sanggup membuang ibu bapa mereka hanya kerana desakan, hasutan dan tekanan yang diberikan oleh pasangan hidup yang tidak sanggup hidup serumah dengan ibu bapa atau ibu bapa mertua yang telah tua dengan alasan ‘tidak tahan dengan karenah’ orang tua. 



4) Ada kalanya anak-anak memberi alasan kewangan dalam menyatakan ketidakmampuan mereka untuk menjaga orang tua sehingga mengambil keputusan menghantar orang tua mereka ke pusat-pusat kebajikan dan rumah warga tua.

5) Proses urbanisasi dan modenisasi yang begitu pesat berlaku di negara ini menjadikan anak-anak tinggal di taman perumahan yang terdiri daripada rumah teres, apartmen, rumah pangsa dan kondominium yang terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Atas alasan malu dan tidak mahu dipandang serong oleh komuniti dan masyarakat kediaman mereka, ada anak-anak yang tidak sanggup untuk membawa ibu bapa mereka tinggal bersama-sama kerana ibu bapa yang telah tua atau ‘nyanyuk’ ini akan menimbulkan masalah dengan komuniti dan masyarakat setempat. 

6) Bukan itu sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang dinikmati hari ini.

7) Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera. Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.

8) Ketiadaan akta khusus dan kerangka undang-undang yang terbatas bagi melindungi warga tua di negara ini menyebabkan kes penderaan serta pengabaian warga tua sukar dikenal pasti. Malah, ia menjadi antara faktor nasib golongan itu tidak terbela dan menyaksikan kes penderaan dan pengabaian golongan itu berlaku. 


KESAN-KESAN PENGABAIAN ANAK TERHADAP WARGA TUA :

1) Pengabaian dan penderaan kepada warga tua tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memberikan kesan serta merta, termasuk berlaku pecah belah dalam hubungan kekeluargaan.

2) Bagi kesan pada jangka panjang pula ia boleh menggugat kesejahteraan dan kestabilan dalam masyarakat. Secara tidak langsung, mewujudkan kepincangan dalam masyarakat dan juga menjejaskan pembangunan serta kemajuan ekonomi mahupun sosial negara. 


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI :

Masalah pengabaian warga tua disebabkan oleh banyak faktor, namun masalah ini masih boleh dibendung dan diatasi. Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada yang lebih tua terutamanya kedua ibu bapa. Tamadun itu semakin hari semakin di telan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal bersama ibu bapa malah jumlah ini semakin meningkat di kalangan anak-anak yang bekerja. 

1) Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah sikap manusia haruslah baik di mana manusia perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang tua yang kurang bernasib baik dan juga anak-anak perlu membuang sifat memandang hina kepada ibu bapa yang dianggap semakin tua semakin tidak berguna dan tidak perlukan lagi. Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek atau anggota keluarga yang lain, secara tidak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua.

2) Langkah kedua, anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi didikan agama dari kecil lagi akan dapat mengelakkan daripada ibu bapa disisih. Anak-anak yang mempunyai asas agama akan ada rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur.

3) Selain didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan agama yang dihubungkan dengan memperbanyakkan konsep inter-generasi dimana agensi atau pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah diwar-warkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. 

4) Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu sistem pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah. Maknanya, kita akan tahu siapa yang menjaga siapa dalam masyarakat. 

5) Seterusnya kita juga harus mengadakan kempen kesedaran tentang masalah yang berkaitkan warga tua seperti mengadakan hari ibu dan hari bapa. Hari ibu dan hari bapa harus disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini ia sikit sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka.


HAK WARGA TUA (IBU BAPA) :


Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud: 

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Rasulullahlah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Adakah kalian mahu ku beritahu tentang dosa-dosa yang besar? Para sahabat menjawab: Kami mahu, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa." 

Akta bagi warga tua di Malaysia :

Bagi kes penderaan warga tua di Malaysia, umumnya undang-undang yang terpakai adalah sama seperti dalam kes keganasan rumah tangga, membabitkan isteri atau suami iaitu Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521). Ini bermakna, secara asasnya, warga tua di negara ini sememangnya dilindungi oleh undang-undang daripada didera.

Bagaimanapun, Akta 521 tidak terperinci dan tidak memperuntukkan beberapa jenis penderaan lain yang sering kali dikaitkan dengan warga tua seperti penderaan emosi atau psikologi, penderaan, eksploitasi dan sebagainya. Selain itu juga, akta berkenaan tidak secara jelas memperuntukkan mengenai kesalahan mengabaikan warga tua 

Oleh itu, sudah tiba masa di Malaysia juga perlu ada perubahan undang-undang dan penggubalan akta yang bertujuan meningkatkan kebajikan serta melindungi warga tua daripada terabai dan didera.

Apakah langkah negara asing dalam menangani isu ini di negara mereka?

Kebanyakan di negara maju atau barat sudah pun ada undang-undang atau akta khusus yang digubal bagi melindungi dan menjaga hak serta kebajikan warga tua.

1) Di Amerika Syarikat, Akta Warga Tua Amerika diluluskan ke dalam undang-undang pada tahun 1965 dan dipinda pada 2000. 

2) Di Jepun ada Undang-undang Nasional pada 1963 bagi menjaga kebajikan warga tua. 

3) Di Singapura yang masyarakatnya sudah menuju penuaan sejak tahun 2000 juga sudah pun memperkenalkan undang-undang khusus untuk warga tua seperti Akta 1996 Penjagaan Terhadap Ibu Bapa. Tribunal keluarga diperkenalkan memperuntukkan mana-mana orang yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak berkemampuan untuk menyara dirinya boleh membuat permohonan kepada Tribunal supaya anaknya yang berkemampuan tetapi tidak menyaranya untuk membuat pembayaran nafkah. Selain itu dari segi perumahan, bagi memudah dan membolehkan anak dapat menjaga orang tua, negara jiran terdekat ini turut memberikan keistimewaan kepada anak untuk memohon dan memiliki rumah berdekatan dengan ibu bapa mereka.


PERSOALAN HAK ASASI MANUSIA :


Wahai anak-anak. Mengertikah kamu perasaan ibu dan ayahmu? Ibu dan ayah mana yang sanggup melihat anaknya ditangankan oleh orang lain? Ibu dan ayah mana yang sanggup berjauhan dengan anaknya? Tetapi kini ada anak yang sanggup berbuat begitu kepada ibu dan bapanya. Tidak terpalitkah langsung rasa bersalah di jiwa masing-masing? Di manakah hak ibu bapa untuk merasai erti kasih sayang di usia lanjut ini dari anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil lagi?

Firman Allah Taala di dalam surah Al-Israa' ayat 23-24 yang bermaksud: 

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana balas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik semasa kecil."

Jika kita kenangkan segala pengorbanan ibu bapa membesarkan dan menjadikan kita seperti hari ini, kita sekali-kali tidak akan sanggup berfikir untuk mengenepikan ibu bapa apatah lagi menghantar mereka ke rumah jagaan orang-orang tua pada saat-saat mereka memerlukan kita pada pengakhiran usia mereka. Tidak adakah lagi perasaan belas kasihan dan kasih sayang di jiwa masing-masing? Di manakah hak ibu bapa untuk merasai erti belas kasihan dan penghargaan dari anaknya yang dipelihara, dididik dan dibelai semenjak dari kecil lagi?

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan pelbagai program kepada warga tua ini sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada jasa-jasa mereka. Hari Warga Tua, Tokoh Warga Tua dan Ibu Mithali diadakan semata-mata untuk menyatakan berapa besarnya pengorbanan mereka dalam melahirkan generasi cendekiawan hari ini. Tetapi yang menghairankan ialah kenapa anak-anak sendiri tidak begitu menghargai mereka sebagaimana yang diakui oleh pihak kerajaan?

Mengapakah anak-anak zaman ini menjadi “derhaka”, mengabaikan dan tidak kurang juga sanggup menghantar ibu bapa mereka ke pusat-pusat jagaan warga emas ini? Tidak sewajarnya meletakkan orang tua dirumah kebajikan kerana ia bermakna menderhakai dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Di manakah hak ibu bapa untuk merasai belaian dan layanan penuh kasih dari anak- anak di saat-saat akhir sisa hidup mereka?




Sedar dan insaflah wahai anak... Mengapa tergamak melakukan ibu bapa mu sedemikian rupa? Sudahkah kau lupa insan inilah yang membanting tulang 4 kerat demi mencari sesuap nasi untuk mu??? Sudahkah kau lupa, insan inilah yang bersengkang mata menjaga mu sejak dari kecil. Tika sihat dan tika sakitmu??? Mendidikmu, memberimu curahan kasih sayang dan belaian manja. Moga masih ada ruang taubat buatmu.. Santunilah ibu bapamu.. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat HambaNYA.



"Didedikasikan kepada kedua ibu bapaku & kedua ibu bapa mertuaku." Moga aku tergolong di dalam golongan yang memuliakan warga tua khususnya kedua-dua ibu dan kedua-dua bapaku Ya Allah.


Human Rights, PJJ UKM
Hilwani binti Mohd Hasnu
GB02607

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat



Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights, UDHR) ialah satu pengisytiharan makluman yang diamalkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Perisytiharan ini terdiri daripada 30 perkara yang menggariskan pandangan Perhimpunan Agung terhadap hak asasi manusia yang dijamin ke semua rakyat. Pada tahun 1966, Perhimpunan Agung mengamalkan dua Perjanjian terperinci yang melengkapkan Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa; pada tahun 1976, setelah perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani sebilangan negara individu yang mencukupi, maka Rang Undang-undang ini memegang kuasa perundangan antarabangsa



Sejarah :


Sebelum Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat diisytiharkan, beberapa negara telah mengisytiharkan pengisytiharan yang seumpamanya, termasuk Undang-undang Hak Asasi England, Undang-undang Hak Asasi di Amerika Syarikat, dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia dan Warganegara di Perancis.


Penciptaan :

Oleh sebab kekejaman yang dilakukan Jerman Nazi semakin jelas selepas Perang Dunia Kedua, maka masyarakat sejagat bersependapat bahawa Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu tidak cukup mendefinasikan hak-hak asasi yang dimaksudkannya, maka timbulnya keperluan untuk satu perisytiharan sejagat yang menerangkan secara terperinci hak-hak individu. John Peters Humphrey dari Kanada diundang oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengerjakan projek ini lalu menjadi penggubal utama Perisytiharan. Humphrey dibantu oleh Eleanor Roosevelt dari Amerika Syarikat, Jacques Maritain dan RenĂ© Cassin dari Perancis, Charles Malik dari Lubnan, P. C. Chang dari Republik China, dan lain-lain. Perisytiharan ini diratifikasi ketika Perhimpunan Agung pada 10 Disember 1948 melalui undian 48 setuju, 0 tidak setuju, serta 8 pengecualian (semua negara Blok Soviet, Afrika Selatan dan Arab Saudi). Sungguhpun peranan utama yang dimainkan oleh warga Kanada tersebut, namun Kerajaan Kanada mula-mulanya mengecualikan diri daripada mengundi mengenai draf Perisytiharan, tetapi kemudian mengundi untuk menyokong draf muktamadnya di Perhimpunan Agung.


Struktur dan implikasi perundangan :

Dokumen ini dibentangkan mengikut tradisi undang-undang awam, termasuk satu mukadimah diikuti 30 artikel. Dokumen ini dijadikan sebagai satu kenyataan objektif-objektif yang perlu diikuti kerajaan-kerajaan sedunia. Sebilangan peguam antarabangsa percaya bahawa Deklarasi ini membentuk sebahagian undang-undang antarabangsa adat serta menjadi alatan yang berkuasa dalam menggunakan tekanan diplomatik dan moral terhadap mana-mana kerajaan yang mencabuli mana-mana artikelnya. Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1968 memberikan nasihat agar perisytiharan ini "membentuk satu kewajipan untuk ahli-ahli masyarakat antarabangsa" kepada semua orang. Perisytiharan ini telah berfungsi sebagai asas untuk dua waad hak asasi manusia PBB tanpa ikatan yang asal, iaitu Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik, dan Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. Sehingga masa ini, perisytiharan ini masih dipuji oleh para akademik, penyokong, dan mahkamah-mahkamah perlembagaan.


PEMBAHAGIAN HAK ASASI MANUSIA


Pembahagian Hak Asasi Manusia


1. Hak asasi peribadi / personal Right

· Hak kebebasan untuk bergerak, berpergian dan berpindah tempat

· Hak kebebasan mengeluarkan atau menyatakan pendapat
· Hak kebebasan memilih dan aktif didalam organisasi atau perkumpulan
· Hak kebebasan untuk memilih, memeluk, dan menjalankan aktiviti  agama dan
kepercayaan yang diyakini masing-masing


2. Hak asasi politik / Political Right

· Hak untuk memilih dan dipilih dalam suatu pemilihan

· Hak ikut serta dalam kegiatan pemerintahan
· Hak membuat dan mendirikan parti politik dan organisasi politik lainnya
· Hak untuk membuat dan mengajukan suatu usulan petisyen


3. Hak asasi hukum / Legal Equality Right

· Hak mendapatkan perlakuan yang sama dalam hukum dan pemerintahan

· Hak untuk menjadi pegawai negeri awam
· Hak mendapat layanan dan perlindungan hukum


4. Hak asasi Ekonomi / Property Rigths
· Hak kebebasan melakukan kegiatan jual beli
· Hak kebebasan mengadakan perjanjian kontrak
· Hak kebebasan menyelenggarakan sewa-menyewa, hutang piutang, dan lain-lain
· Hak kebebasan untuk memiliki susuatu
· Hak memiliki dan mendapatkan pekerjaan yang layak


5. Hak Asasi kehakiman@ pengadilan / Procedural Rights

· Hak mendapat pembelaan hukum di pengadilan

· Hak persamaan atas perlakuan penggeledahan, penangkapan, penahanan dan penyelidikan di mata hukum.


6. Hak asasi sosial budaya / Social Culture Right

· Hak menentukan, memilih dan mendapatkan pendidikan

· Hak mendapatkan pengajaran
· Hak untuk mengembangkan budaya yang sesuai dengan bakat dan minat

HAK ASASI MANUSIA DAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA.


HAK ASASI MANUSIA DAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA


Hak asasi manusia secara jelasnya diwartakan dalam undang-undang antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iaitu hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara azalinya dilahirkan dengan hak asasi dan ia bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja. Sebagai lanjutan kepada 'International Bill Of Right' yang diwujudkan lebih awal, diwujudkan pula Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia yang memberikan garis panduan berkenaan dengan Hak Asasi Manusia. Berkenaan isu semasa iaitu "Agenda Global", Charles Norchiu menekankan bahawa pengisytiharan sejagat mewakili sempadan persetujuan berkenaan hak asasi tanpa terikat dengan budaya dan tradisi.


Hak asasi sejagat seterusnya dikukuhkan lagi dengan dua konvenan antarabangsa iaitu "International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, and International Covenant on Civil and Political Rights" yang mengambil berat berkenaan dengan pencabulan hak asasi manusia seperti pembunuhan etnik, diskriminasi perkauman, diskriminasi wanita, hak kanak-kanak dan golongan minoriti, toleransi beragama. Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia.


Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh dirujuk kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab. Contohnya penjajahan Amerika terhadap Iraq yang jelas mencabul hak asasi rakyat iraq dalam penentuan sendiri kepimpinan negara tidak dapat dicegah oleh undang-undang antatarabangsa.

Friday, 30 October 2015

DIFINISI DAN MAKSUD HAK ASASI MANUSIA


DIFINISI DAN MAKSUD HAK ASASI MANUSIA






Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.


PENAFSIRAN MODEN :

Terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak berikut:

(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik

(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi.

Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.


TAFSIRAN SETIAUSAHA AGUNG :

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.


PERBEZAAN MODEL KOGNITIF DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA :

Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.

Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Eropah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.